Cyber Arabic

Cyber Arabic

Thursday, July 3, 2008

BERMULA DI SINI........


Assalamualaikum...

Di sini kita akan mula mengenali Bahasa Arab yang menjadi bahasa rasmi Al-Qur'an yang menjadi kitab panduan hidup yang asasi di mukabumi ini bagi orang-orang mengaku diri mereka itu Islam .... yang percaya kepada kewujudan Allah Subhanahu wa Taala...... Begitu juga pentingnya Bahasa Arab dan Al-Qur'an bagi sesiapa sahaja di kalangan orang-orang yang mahu mengenali dirinya ..... makna kehidupannya.....dan Tuhannya yang sebenar-benarnya.........

Al-Qur'an mengajar kita .... siapa Tuhan kita ... siapa Rasulullah yang menjadi ikutan kita di dunia ini..... dan kita juga akan kenal nabi-nabi Allah yang lain yang menjadi utusanNya di muka bumi ini ..... Di sini juga kita akan kenal sejarah kewujudan diri kita....... kita akan tahu kenapa kita dilahirkan ke dunia ini...... Kita belajar ke mana halatuju kehidupan kita ..... dan ke mana kita selepas kita tiada lagi di dunia ini....

Dengan Al-Qur'an kita akan tahu Negeri Akhirat yang akan menjadi negeri yang kekal bagi kita setelah kita keluar dari Negeri Dunia ini...... Dengan Al-Qur'an kita akan tahu bagaimana cara yang betul untuk kita menjalani kehidupan dunia kita...... kerana apa sahaja yang kita ucap dan kita buat akan memberi kesan kepada kehidupan akhirat kita nanti...... samada senang atau susah.... bahagia atau derita.....

Allah SWT adalah Maha Adil dan Bijaksana...... Maha Pengasih dan Maha Penyayang..... Dia tidak menjadikan makhluknya begitu sahaja tanpa memberi panduan dan tunjuk ajar...... serta kasih sayang...... barakah dan rahmah.... Dengan Al-Qur'an ... kita belajar siapa kita dari sebelum kita lahir lagi sehinggalah ke keseluruhan kewujudan kita di dunia dan di akhirat nanti.......


Maassalaamah wa ilal liqo'. ...... drp tokAbubah di Gb...

0 comments:

  © Blogger template 'TotuliPink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP